Monday, June 3, 2013

Al-Fatihah Pelakon Veteran seniman S Shamsuddin,

Assalamualaikum wbt...
Al-fatihah ....
Takziah diucapkan kepada keluarga arwah.. semoga ditempatkan orang yang beriman.

Pelakon komedi terkenal era 1950-an, seniman S Shamsuddin, 84, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya yang terletak di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura, pada jam 10.56 pagi tadi.
AWANI
Nama Allahyarham sememangnya tidak asing dengan filem arahan Tan Sri P. Ramlee seperti Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Pendekar Bujang Lapok bergandingan bersama seorang lagi artis veteran terkenal iaitu Datuk Aziz Sattar.
Pemergian Allahyarham pastinya merupakan satu kehilangan yang besar pada dunia seni tanah air dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.
Takziah diucapkan buat semua ahli keluarga pelakon komedi ini. Al-Fatihah.

No comments: